Pinjam telinga korang , dengar sini :)

Readers :)

Friday, March 2, 2012

4 Cara Memujuk Lelaki Merajuk

ASSALAMUALAIKUM :)

Hyee bloggers ! Today aku takmau share apa apa yang berkaitan dengan diri aku . Tapi aku just nak share some tips untuk korang . Aku nie sebenarnya tak pandai nak memujuk sangat tau kalau b-u-a-h h-a-t-i aku nie merajuk . Tapi tapi tapiii , dia tak pernah nak merajuk dengan aku . Dia nie lebih suka mendiamkan diri je . So , aku kena pandai baca a-i-r m-u-k-a dia . Soryy biee , HEHE . Ehhh , dah terkeluar topik pulak dari tajuk yang aku nyatakan dekat atas tuu . HAHA . Okay okay , aku ada tips macam mana nak pujuk boyfieee korang if dorang merajuk or terasa dengan korangg . Take a note girlss ! :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.
Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.
Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda menggembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. :)

selamat maju jaya !